Followers

Wednesday, January 19, 2011

[Edisi mesti baca] Fadhilat Solat Subuh Berjemaah


Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah saw lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah saw mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis :

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah saw :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
Sumber : IluvIslam

Monday, December 6, 2010

Awal Muharram: Doa akhir tahun dan awal tahun...



AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn)

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




Sumber: cgyurhamytazkhirah.blogspot.com

Friday, November 12, 2010

David John, Pemain Billiard Terkenal Dunia Peluk Islam...(picture Inside)



Pemain billiard terkenal dunia pula peluk Islam

MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi. -harakahdaily













Friday, October 29, 2010

LUAR BIASA: Gambar puting beliung landa negeri Perlis..(video inside)

Oleh: Pria Malaya

Dulu Melaka, kini Perlis..satu peringatan buat hamba-Nya...

Pada sang penguasa, apakah masih berkira-kira utk membuat 'hub hiburan' di Malaysia?apakah masih bercita2 untuk melimpahkan pub, kelab malam dan hiburan bertaraf dunia di negara kita?...sedar2lah wahai kerajaan...jangan kerana kamu, murka Allah menimpa negara kita....wallahua'lam...


































VIDEO 1: Puting Beliung di Mata Ayer, Perlis, Malaysia...



VIDEO 2: puting beliung di perlis@28/10/2010



VIDEO 3: Arau,Perlis di bedil oleh angin Tornado 28/10/2010



Puting beliung landa Perlis, banyak harta benda musnah

KANGAR - Lebih 50 buah rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi dekat sini rosak akibat angin puting beliung semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Perlis, Mansor Jusoh berkata, kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 6 petang menyebabkan kerugian sekitar RM100,000.

Baitul Mal Perlis dan Unit Pembangunan Insan Perlis akan membantu mereka yang terlibat membaiki rumah, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menilai kerugian sebenar, katanya kepada pemberita ketika melawat mereka yang terlibat hari ini.

Katanya walaupun sebuah pusat pemindahan dibuka sejak malam tadi, kebanyakan penduduk lebih selesa tinggal sementara bersama saudara-mara.

Sementara itu seorang penduduk, Rohana Abdul Rahman, 52, berkata ketika kejadian dia berada seorang diri di rumah dan terdengar bunyi bising serta rumahnya bergegar.

"Saya melihat macam ada benda putih di luar rumah dan dalam sekelip mata pintu hadapan pecah dan bumbung diterbangkan angin," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, semua yang terlibat hari ini menerima bantuan awal daripada Yayasan Pok dan Kassim (YPK) dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 seorang dan beras. -BERNAMA

Berita terdahulu:
- [Kemaskini] Gambar sekitar kejadian ribut yang meragut 3 nyawa di negeri Ali Rustam..(video inside)

Thursday, October 14, 2010

Hidden emoticon : Yahoo Messenger



Tired with emoticons available in Yahoo Messenger? Want to surprise your friends with hidden emoticons? Here's a list of emoticons that are not available in the emoticon menu, but we can use it by typing a shortcut key on the instant message.

Saturday, September 25, 2010

Iklan @ Pria Malaya



A. IKLAN @ PRIA MALAYA

Penulis menerima banyak cadangan serta permintaan dari orang ramai untuk beriklan di dalam blog penulis..Setelah berbincang dengan rakan-rakan, maka dengan ini penulis menawarkan ruang pengiklanan di blog penulis..

Untuk makluman, penulis memiliki dua buah blog seperti berikut...

1. Ruang Bicara Pria Malaya (http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/)
2. Pria Malaya (http://priamalaya.blogspot.com/)

Maklumat iklan di bawah merupakan senarai ruang iklan (mengikut saiz) untuk blog PRIA MALAYA sahaja..ini kerana senarai saiz iklan utk kedua2 blog adalah berbeza..( bagi sesipa yg ingin beriklan di blog RUANG BICARA PRIA MALAYA, sila klik di SINI...)


B. SYARAT-SYARAT

Terdapat beberapa syarat yang perlu anda ikuti sebelum beriklan di sini, antaranya:

- Banner iklan tidak mengandungi ayat atau gambar lucah terlampau.
- Iklan berbentuk minuman keras/arak tidak dibenarkan.
- Banner iklan mesti anda sediakan kerana kami tidak menyediakan khidmat membuat banner.
- Banner iklan hendaklah dalam format gif atau jpg.
- Segala syarat dan terma mungkin akan berubah dari masa ke semasa..dan para pengiklan termaktub dengan syarat tersebut selagi mana ia tidak membeban/merugikan kedua-dua belah pihak..


C. MENGAPA ANDA MESTI BERIKLAN DI BLOG PRIA MALAYA?

1. Blog RUANG BICARA PRIA MALAYA telah menerima jumlah trafik/ranking yang sangat baik dari orang ramai sehingga pernah mencecah hampir 12 ribu hit dalam satu-satu hari..buktinya:


(Direkodkan pada 22 Oktober 2010...)

2. Blog RUANG BICARA PRIA MALAYA juga tersenarai di antara 5 blog terbaik (TOP 5) bagi kategori blog berunsur 'politik dan isu semasa' tanah air..buktinya:


(direkodkan pada 23 SEPTEMBER 2010..sumber di sini..)

3. Jumlah pelawat adalah stabil dan pelawat baru dijangka bertambah dari semasa ke semasa..(blog akan sentiasa dikemaskini)..

4.
PROMOSI 1!! Mereka yang menempah iklan terawal untuk mana2 blog(sebelum bulan November 2010), akan mendapat ruang iklan percuma bersaiz 220x80 selama sebulan..petak iklan percuma ini akan disiarkan dlm kedua-doa blog penulis!! (Tawaran ini sudah ditutup!)

D. PAKEJ IKLAN @ PRIA MALAYA

Lima Pakej iklan yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut..

1. Header -Leaderboard- (saiz 728×90):


(Saiz sebenar seperti di header, saiz ini dikecilkan kerana tidak cukup ruang!)

RM 80.00 untuk 1 bulan
RM 140.00 untuk 2 bulan
RM 200.00 untuk 3 bulan

Untuk pengiklanan di Header -Leaderboard- (saiz 728×90). Iklan anda akan kelihatan di setiap page di laman ini. Slot hanya 1 sahaja untuk satu-satu masa. Jika slot sudah penuh, iklan anda akan dimasukkan selepas habis sebuah iklan sedia ada jika anda setuju.

p/s: Terhad hanya 1 iklan dalam satu-satu masa


2. Sidebar Large (saiz 300×250):



RM 50.00 untuk 1 bulan
RM 80.00 untuk 2 bulan
RM 130.00 untuk 3 bulan

Untuk pengiklanan di Sidebar (saiz 300×250). Iklan anda akan kelihatan di setiap page di laman ini. Slot hanya 1 sahaja untuk satu-satu masa. Jika slot sudah penuh, iklan anda akan dimasukkan selepas habis sebuah iklan sedia ada jika anda setuju.

p/s: Terhad hanya 1 iklan dalam satu-satu masa


3. Sidebar Medium (saiz 300 x 80)



RM 20.00 untuk 1 bulan
RM 35.00 untuk 2 bulan
RM 50.00 untuk 3 bulan

Untuk pengiklanan di Sidebar Mini (saiz 300×80). Iklan anda akan kelihatan di setiap page di laman ini. Slot hanya 3 sahaja untuk satu-satu masa. Jika slot sudah penuh, iklan anda akan dimasukkan selepas habis sebuah iklan sedia ada jika anda setuju.

p/s: Terhad hanya 3 iklan dalam satu-satu masa


4. Sidebar Small (saiz 125×125):



RM 10.00 untuk 1 bulan
RM 15.00 untuk 2 bulan
RM 20.00 untuk 3 bulan

Untuk pengiklanan di Sidebar Mini (saiz 125×125). Iklan anda akan kelihatan di setiap page di laman ini. Slot hanya 4 sahaja untuk satu-satu masa. Jika slot sudah penuh, iklan anda akan dimasukkan selepas habis sebuah iklan sedia ada jika anda setuju.

p/s: Terhad hanya 4 iklan dalam satu-satu masa


5. Single Page (saiz 468 x 60)



RM 30.00 untuk 1 bulan
RM 55.00 untuk 2 bulan
RM 70.00 untuk 3 bulan

Untuk pengiklanan Single Page (saiz 468 x 60). Iklan anda akan kelihatan di laman utama sahaja. Slot hanya 2 sahaja untuk satu-satu masa. Jika slot sudah penuh, iklan anda akan dimasukkan selepas habis sebuah iklan sedia ada jika anda setuju.


p/s: Terhad hanya 2 iklan dalam satu-satu masa


E. BAGAIMANA UNTUK BERIKLAN DI BLOG PRIA MALAYA?

Mudah sahaja...

1. Hantarkan emel anda kepada penulis melalui alamat pria_malaya08 [at] yahoo [dot] com...(pria_malaya08@yahoo.com)..

2. Sila nyatakan subjek pengiklanan anda (iklan tentang/berkaitan apa)..

3. Lampirkan sekali banner iklan anda (beserta kod HTML) mengikut saiz pakej yang anda pilih.

4. Nyatakan pakej iklan pilihan anda

5. [Penting] Sila nyatakan blog mana yang anda pilih untuk beriklan..(sama ada blog PRIA MALAYA, atau RUANG BICARA PRIA MALAYA, atau kedua-duanya sekali..)

p/s: Jangan bayar dahulu, nantikan balasan dan respon dari pihak penulis...


F. BAGAIMANA MAHU MENGHUBUNGI PRIA MALAYA?

Sebarang masalah atau pertanyaan, boleh hubungi e-mail atau YM penulis di alamat "pria_malaya08@yahoo.com"..

Anda juga boleh berurusan/hubungi penulis di laman sosial Facebook "Pria Malaya" (http://www.facebook.com/profile.php?id=100000016623406)

Sekian..terima kasih...

Yang Benar,

Pria Malaya
(Admin blog PRIA MALAYA dan RUANG BICARA PRIA MALAYA..)


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin